seismik

Ini 5 Body Scrubs Lokal Yang Boleh Buat Badan Anda Lembut & Gebu. Hilang Semua Daki!

Murah dan berbaloi.

Cover image via @blingrecipe (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tak salah kalau hobi wanita suka manjakan diri betul tak?

Iyalah, mesti kita nak mempunyai kulit yang mulus, lembut dan cantik. Sebab itu, pentingnya penjagaan diri. Bukan wajah saja tau yang perlu exfloliate, badan pun banyak daki dan kotoran yang perlu kita bersihkan.

Barulah boleh tampil lebih konfiden! Nak tahu apa body scrubs yang best dan murah? Jom baca sampai habis!

1. dehanis

Jenama ini memang telah dikenali dan popular dalam kalangan wanita. Anda boleh cuba body salt scrub mereka, bahannya mengandungi himalayan salt, jojoba oil, cane sugar dan vitamin E yang boleh melembutkan kulit anda. Confirm rasa segar!

Produk best seller mereka adalah coffee scrub yang untuk muka, ramai recommend dan memberikan review yang bagus setelah menggunakan scrub kopi ini.

Instagram: @dehanis.hq

2. blingrecipe

Scrub daripada blingrecipe mempunyai tiga jenis iaitu You're Very Vanilla, Berry Love You dan So Choco-Holic. Semuanya bau yang sangat manis dan fruity. 

Bahan di dalam scrub tersebut mengandungi kaolin clay dan walnut shell yang mampu untuk mengangkat sel kulit mati. Selain itu, ia juga mempunyai vitamin E untuk memudarkan parut. Jojoba oil juga ada untuk melembapkan kulit kering. Ramai memang suka bila gunakan scrub ini. 

Instagram: @blingrecipe

3. Grace and Glow

Image via Carousell

Scrub yang wanginya sama dengan perfume Baccarat Rouge 540. Tekstur yang agak creamy tetapi lembut, ramai yang suka memakai scrub ini disebabkan clay yang sangat selesa dan tidak kasar.

Bahan yang ada ialah kaolin clay dan Niacinamide untuk memutihkan kulit.

Instagram: @graceandglow_my

    4. beautypopmy

    Kepada penggemar bau kopi, anda boleh cuba scrub ini. Anda akan terasa baby skin selepas menggunakan scrub ini. Bahan yang tak melekit dan tak kasar memang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

    Dengar cerita, strawberry legs dan sunburn boleh berkurang tau!

    Instagram: @beautypopmy

    5. temyracle

    Temyracle memang terkenal dengan scrub badan yang mempunyai pelbagai perisa dan wangian. Pilih saja buah yang akan gemar seperti pisang, tembikai dan macam-macam lagi.

    Hadir dengan baby size, sangat sesuai untuk travel!

    Instagram: @temyracle.hq

    Tunggu apa lagi? Jom hilangkan daki-daki dekat badan!

    Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

    Image via SAYS Seismik

    Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

    You may be interested in: