seismik

Tiba-Tiba Bau Wangi Waktu Malam, Ramai Pelik Ada Yang Percaya Konspirasi Tahyul Ini

Hm, agaknya bau apa tu?

Cover image via @kak_eda (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, ramai yang terhidu bau pelik tambahan lagi waktu malam-malam

Ramai yang pelik dengan bau yang dihidu, ada yang mengatakan bau itu datang daripada bunga, ada juga yang percaya bau itu datang daripada makhluk halus. 

Tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita menjelaskan dari mana datangnya bau bunga telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@kak_eda

Ada sesiapa bau bunga tak dalam 2 ke 3 hari ni pada sekitar jam 10-12 malam? #bauviral

Seri Bunian - Shidee

Rupa-rupanya bau itu datang daripada bunga

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menjelaskan punca bau wangi pada waktu malam-malam. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebenarnya bau wangi yang kita hidu pada waktu malam secara tiba-tiba itu daripada bunga. 

"Sekarang ini tengah fenomena full moon, waktu macam ini banyak bunga yang sedang berada dalam fasa 'peak blooming' terutamanya sekali pada waktu malam waktu macam inilah bunga-bunga akan keluarkan haruman yang sangat kuat.", katanya. 

Pada waktu malamlah, bunga akan menyebarkan debunga sejauh-jauhnya kerana kelopak akan tutup pada waktu siap dan buka pada waktu malam. 

Image via Impiana

"Rumah saya kuat bau, saya pun mula-mula terfikir ke arah tu sebab saya akan bau bunga setiap kali drive jauh-jauh tak kira waktu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 22K tontonan, 1K tanda suka dan 154 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Oh, ini rupa-rupanya punca bau wangi!

Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: