Bungkus Nasi Lemak Guna Surat Khabar Cina, Ada Pula Yang Was-Was Nak Makan Ini Kena Kecam
Hm, pelik betul.
Tak dinafikan, ramai yang suka beli Nasi Lemak untuk dijadikan sarapan
Kebiasaannya, peniaga akan membungkus Nasi Lemak dengan daun pisang dan surat khabar. Nasi Lemak yang dijual dalam bungkusan daun pisang juga murah daripada yang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang netizen was-was dengan bungkusan Nasi Lemak telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh di bawah:
Disebabkan guna surat khabar Cina, ada yang takut nak makan
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang peniaga dilihat memuat naik statusnya yang menjual Nasi Lemak di group Facebook.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ada netizen yang komen negatif di posting perniagaan mereka. Ada yang mengatakan dia was-was untuk makan Nasi Lemak kerana dibungkus dengan surat khabar Cina.
"Kang letak atas surat khabar jawi kata dosa pula" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 442K views, 1K retweets dan 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!