seismik

Gadis Terakam Wanita Rentap Rantai Emas Anak Buah Di Jom Heboh Ini Buat Ramai Geram

Sepantas kilat.

Cover image via @_cheykaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hujung minggu yang lepas, berlangsungnya Karnival Jom Heboh di Shah Alam

Ramai yang berkunjung ke karnival itu kerana banyak aktiviti yang disediakan. Artis-artis terkenal juga hadir membuat persembahan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan wanita telah selamba merentap rantai emas anak buah salah seorang gadis di situ telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@_cheykaa

Peringatan untuk saya & orang lain .. hati hati yang pakai gelang emas atau rantai emas .. sekarang kes macam ni dah banyak berlaku , saya kena dekat jom heboh shah alam .. anak buah saya pakai baju warna hitam , makcik belakang potong rantai terus hilang #kesragut #ragut #jomheboh #fyp #viral #shahalam #ipdshahalam #polisshahalam

original sound - -

Ada yang rentap rantai emas semasa rakam suasana di Jom Heboh

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merekod anak-anak buahnya yang tertarik dengan persembahan Transformers di Karnival Jom Heboh. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sedang asyik dia merakam, tiba-tiba seorang wanita mendekati anak buahnya dan merentap rantai emas yang dipakai.

Tindakan wanita itu pada awalnya tidak disyaki oleh siapa-siapa sehinggalah gadis itu mendapati rantai emas anak buahnya telah hilang. 

Mujur, kes itu telah dibawa ke pihak polis dan telah wanita yang mencuri itu telah ditangkap. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@_cheykaa

Membalas kepada @NaylaCopia tak mengaku dia ambik , putar belit cerita habis , rantai dia dah past dekat mak dia dalam beg takda rantai .. sampai kebalai mak dia takdatang jugak .. call semua tak angkat .. kes dalam proses lagi..doakan anak buah saya masih ada rezeki .

original sound - -
@_cheykaa

Replying to @Nabilaa_‍ ENDING takdapat rantai taktahu dia past dekat siapa , tapi peragut dah ke lokap , masih dalam siasatan rantai dia past dekat siapa . doa yang baik baik

Ngakak - Mas Gombal

"Nasib baik terekod macam ni. Kalau tak mesti husnuzon je ingat terjatuh merata." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4.2M tontonan, 121K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Laju betul ya tangan dia tu, nasib baik ada video ini sebagai bukti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: