[VIDEO] Gelagat Budak Jual Mangga Potong Siap Sempat Berceloteh Ini Cuit Hati Ramai
Yang penting ada style!
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita lihat budak kecil meniaga di kedai-kedai makan bukan?
Ada yang meniaga buah potong, kadang juga ada yang disuruh meniaga dadih di sekeliling kawasan kedai makan. Perkara ini dilakukan demi kelangsungan hidup mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki meniaga mangga potong telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat nak beli satu paket mangga potong dan sedekah, tapi kena sound pula dengan budak itu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang menjual mangga potong kepada seorang abang yang merupakan pelanggan kedai di situ.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila abang berkenaan ingin membeli sepaket buah mangga dengan harga RM5, namun dia mengeluarkan RM10 kepada budak itu. Dengan selambanya, budak itu berkata dia tiada duit kecil untuk dikembalikan.
Alang-alang dia menyuruh abang itu mengambil dua paket, namun abang tersebut berniat untuk bersedekah. Pada akhir video, dia dilihat merajuk dan malas layan abang itu kerana tidak mengambil dua paket.
"Dia nak cepatkan habis jual benda tu, letih dah berjalan. Habis awal balik awal." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 80K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!