seismik

[VIDEO] Minta Nasi Berlauk, Member Ambil Pasir & Ikan Dekat Air Terjun Ini Bikin Dekah

Dia buatkan nasi betul-betul tu bang.

Cover image via @ayeinx (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Healing di sungai atau air terjun sudah menjadi kegemaran buat anak muda zaman sekarang

Iyalah, boleh meluangkan masa dengan rakan atau ahli keluarga yang ramai sudah tentu sangat seronok.

Baru-baru ini, tular sebuah video lucu apabila sekumpulan lelaki bermandi-manda di air terjun telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba minta nasi berlauk, sekali member buatkan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang meluangkan masa di air terjun yang tidak dikenal pasti lokasinya. 

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang lelaki meminta nasi berlauk kepada rakannya. Rakannya itu dilihat seronok melayan kerenah sambil mengambil pasir untuk diletakkan atas daun. 

Lebih tidak sangka lagi, dia juga meletakkan seekor ikan di atas pasir yang kononnya nasi berlauk itu. Ramai yang tertanya-tanya mana dia dapat ikan itu. 

"Part ikan tu aku ingat dia nak letak batu ke apa sekali noh rokiah real sobak haha" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 296K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Itu dah jadi nasi berlauk versi alam lain dah bang! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: