seismik

Pak Cik Sindir Staf Pam Minyak Gaji Sikit Sebab Tak Belajar Tinggi Ini Buat Ramai Bengang

Tak baik ya, yang penting sumber rezeki halal.

Cover image via @izzatynazmii._ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang sudah pasti akan bekerja demi kelangsungan hidup

Tak kisahlah kerja dalam bidang apa pun, yang penting ia daripada sumber yang halal. Iyalah, kita membeli makanan daripada duit tersebut dan ia menjadi darah daging kita. 

Baru-baru ini, tular sebuah wanita terasa hati kerana disindir tentang pekerjaannya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@izzatynazmii._

Assalammualaikumso dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan.. Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya.. Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah orgapatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay? #fyp #fypp #xyzbca #biadap

Antassalam - Fairuz Band

Pak cik tanya kenapa kerja staf pam minyak

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merekod dirinya sambil meluahkan perasaannya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia terasa hati dengan seorang pelanggan yang merupakan pak cik.

Pak cik berkenaan bertanyakan mengapa dia bekerja sebagai pekerja pam minyak. Pakcik tu juga bertanya adakah disebabkan dia tidak belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih menyakitkan hati adalah apabila pak cik itu mengatakan bahawa gaji sebagai staf pam minyak sedikit saja.

"Lain kali cakap dekat pak cik itu, gaji kecil tapi biar berkat, gaji besar tak menjamin bahagia" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 493K tontonan, 30K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takpa kak, yang penting halal! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: