"Kemain Kau Dik" - Gelagat Budak Buat Persembahan Menari Ini Jadi Perhatian Warganet
Kemain dia gelek.
Kanak-kanak yang bersekolah di tadika sudah pasti akan membuat persembahan sekali-sekala
Mereka akan diajar untuk menari beramai-ramai bagi menyempurnakan majlis perpisahan tadika. Ada kanak-kanak yang suka menari, ada juga yang terpaksa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak membuat persembahan menari telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Syok gelek mengalahkan 'main dancer'
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak sedang berlatih menari untuk majlis yang akan datang.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak perempuan dilihat syok menari dengan lentik mengalahkan main dancer. Dia juga dilihat sangat gembira dan ikhlas menari di atas pentas.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Patut dia duduk depan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 862K tontonan, 37K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!