[VIDEO] Dakwa Kena Serangan Haiwan Di Zoo, Tapi Komen Netizen Pula Yang Undang Tawa
Katanya lelaki itu ada saka.
Tidak dinafikan, kebanyakan keluarga suka meluangkan masa untuk melakukan aktiviti menarik
Antaranya, membawa anak-anak ke zoo untuk melihat dan belajar tentang haiwan. Sudah tentu, merekalah yang akan seronok apabila sampai di sana.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya diserang haiwan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ada kelakuan aneh berlaku semasa dia berada di kandang harimau
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman video menunjukkan sebuah keluarga bersiar-siar di Zoo Taiping.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka tiba di kandang leopard, ada kejadian aneh yang berlaku. Leopard itu dilihat sangat tertarik kepada lelaki itu dan tidak kepada anak dan isterinya.
Dia juga mengaku haiwan itu berterusan menghendap, mengekori dan bersiap untuk menyerangnya.
"Binatang ada aura bang maybe dia bau atau nampak sesuatu yang abang tak nampak mata kasar sebab tu dia fokus abang maybe saka harimau abang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 104K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!