[VIDEO] Gaya Budak Jealous Tengok Kawan Sebelah Ditemani Ayah Ini Buat Ramai Sebak
Allahu, ikut sedih pula.
Untuk memiliki figura seorang ayah memang sangat penting dalam sesebuah keluarga
Hal itu disebabkan figura seorang wanita sebagai ibu saja sememangnya tidak lengkap. Tambahan lagi, figura seorang ayah memang tiada tandingannya.
Baru-baru ini, tular sebuah video sebak yang memaparkan seorang budak lelaki cemburu melihat rakannya ditemani ayah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa makan keropok sorang-sorang, tapi rakan lain ditemani ayah
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah pertandingan makan keropok sedang dijalankan di sebuah kampung di Indonesia.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak lelaki dilihat tidak makan keropok yang disangkut. Dia juga sangat cemburu dengan rakan disebelahnya kerana rakan itu ditemani ayahnya.
"Semangat dik, kamu pasti bisa walaupun kamu sendiri" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7M tontonan, 482K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!