seismik

Hilang Lepas Nampak Polis, Lelaki Ini Dera Anak Kekasih Umur 2 Tahun Hanya Sebab Bising

Kejamnya manusia.

Cover image via @liyanaliyana (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan sebuah kes penderaan kanak-kanak

Kes itu terjadi di Shah Alam, pada awalnya posting berkenaan tular di Facebook namun posting asal itu telah hilang dan dipadam oleh pemilik akaun. 

Lihat posting dan video itu di bawah: 

Dera anak kekasih yang berumur 2 tahun

Menerusi video berkenaan, kelihatan badan seorang budak perempuan yang dikenali sebagai Amanda itu lebam dan hitam.

Perkara itu disebabkan kekasih ibunya menderanya dan memukulnya disebabkan dia membuat bising. Badannya juga kelihatan berbirat akibat sebatan.

Menurut sumber, kekasih ibunya menggunakan penyangkut baju untuk memukul dan menampar muka anak perempuannya. Ibunya cuba untuk melindungi si kecil namun masih gagal kerana suspek bertindak agresif.

Perbuatan lelaki itu telah mengakibatkan Amanda bengkak pada bibir, mata lebam dan badan penuh dengan kesan sebatan.

Wanita itu sempat berkata, dia dan anaknya kemudian dihantar pulang ke rumah ibunya itu di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut. Kemudian, lelaki itu melarikan diri selepas kehadiran peronda polis dan sehingga kini tidak dapat dikesan. 

Wanita yang merupakan ibu Amanda juag membuat laporan polis pada hari yang sama. 

"Kejam gila, belum kawin dah mcm ni, semoga cepat tangkap si pelaku" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 818.1K views, 1K retweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dan marah. Semua mengharapkan si pelaku dibawa untuk menghadap keadilan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kesian tengok muka Amanda sampai macam tu sekali, semoga polis dapat tangkap si pelaku :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: