seismik

Netizen Persoalkan Budak Pergi Sekolah Naik Helikopter, Ini Penjelasan Daripada CAAM

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan perumahan Shah Alam.

Cover image via @reemalaysiatoday (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang budak pergi ke sekolah dengan menaiki helikopter

Video itu telah dirakam oleh anonymous yang dipercayai merupakan penduduk di kawasan perumahan Bukit Bandaraya Seksyen U11, Shah Alam.

Sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang budak ke sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Shah Alam.

Lihat video penuh itu di bawah:


Susulan itu, kes ini telah mendapat perhatian pihak polis dan dirujuk ke pihak Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM)

Menurut sumber, Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada CAAM untuk siasat sama ada pengendali pesawat itu memiliki permit sah apabila ia mendarat di kawasan perumahan itu pada 17 April lalu.

Sementara itu, menerusi laporan daripada NST, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendaratan helikopter berkata helikopter tidak memerlukan pelepasan dari menara kawalan trafik udara untuk mendarat di luar lapangan terbang.

"Helikopter boleh mendarat di mana-mana saja dengan syarat ia adalah kawasan lapang dan selamat untuk mendarat. Bagaimanapun, ia mungkin memerlukan kelulusan daripada pemilik tanah", kata jurucakap itu ketika dihubungi.

 "Penduduk perlu membuat aduan kepada CAAM jika mahu perkara itu disiasat. Sehingga kini tiada aduan dibuat kepada kami mengenai kejadian Shah Alam", katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih sehingga 9K tontonan, 249 tanda suka dan 20 komen di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: