"Laku Habis" - Dato Aliff Syukri Jual Durian RM5 Sekilo Ini Dapat Sambutan Ramai
Ada yang kata isi tak mengecewakan.
Buah durian yang dikenali sebagai raja buah kini tengah musim di Malaysia
Bagi 'hantu durian' pasti mereka tidak melepaskan peluang membeli longgok durian untuk dinikmati sekeluarga. Namun, ada juga yang tak gemar dengan bau dan rasa durian. Tidak dinafikan, harga durian akan menjadi mahal bila buah tengah musim.
Baru-baru ini, Dato Aliff Syukri menjual durian dengan harga 'marhaen' di Kota Damansara telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Ramai beratur sampai DAS raih RM50,000 sehari
Menerusi posting berkenaan, kelihatan DAS memuat naik gambarnya menjual durian dan situasi di kawasan pernigaannya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila DAS menjual duriannya dengan harga yang murah iaitu RM5 sekilo saja. Perkara itu menyebabkan para hantu durian sanggup beratur daripada pagi untuk membeli durian dengan DAS.
"Mak saya dah beli, murah dia takkan dapat kat tempat lain, isi pun memang tak mengecewakan dan sedap" - Netizen
Susulan tularnya gambar itu di Instagram yang meraih sehingga 13K tanda suka dan 226 komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!