seismik

Tular Kutipan Derma Cecah RM55K, Tapi Ramai Pula Cakap Pemuda Minta Bantuan Ini Scam

Tak berani nak cakap apa-apa.

Cover image via @LVGIF (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular seorang pemuda telah meminta bantuan kewangan untuk keluarganya yang ditimpa kemalangan jalan raya

Pengguna Twitter yang bernama @qarlwho itu telah memuat naik satu ciapan berserta dua tangkap layar yang memaparkan berita tentang kemalangan keluarganya dan nombor akaun banknya.

Lihat ciapan tersebut di bawah:

Jumlah duit yang diterima sudah mencecah RM55,000, namun beberapa individu mula meragui tentang bil hospital abangnya

Setakat hari ini, jumlah kutipan duit dalam akaun bank pemuda itu dikatakan telah mencecah sehingga RM55,000.

Namun, seorang individu tampil dengan satu hipotesis selepas meragui tentang beberapa perkara mengenai pemuda itu.

Individu bernama @LVGIF itu tidak menuduh pemuda tersebut menipu tentang kemalangan keluarganya, tetapi dia meragui nombor akaun yang tertera di bil hospital itu tidak selari dengan nombor akaun yang diberi.

Malah, individu berkenaan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan crowd funding seperti ini kerana sudah banyak kali terjadi.

Lihat bebenang ciapan itu di bawah:

"Aku pun pelik why Malaysian are so kind and terus je crowdfund without any background check. I don't blame the kid because clearly some of y'all are too believing. Patutlah senang kena scam" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah meraih sebanyak 838.1K views, 3.4K retweets dan 4.3K likes di laman Twitter.

Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai kes yang terjadi ini. Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapat individu tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Hanya dia je tahu duit tu pergi ke mana. Semoga adik ini tampil beri penjelasan supaya orang tak salah faham.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: