seismik

Lelaki Prank Tanya Tempat Jual Kepala Budak, Reaksi Geng Basikal Ini Pula Undang Tawa

Haa, tahu pun takut.

Cover image via @meergic_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah zaman ketika masih kecil, kita gemar bermain di luar rumah sehingga lewat petang

Kadangkala, jenuh ibu bapa kita menjerit suruh pulang ke rumah. Tetapi, kita buat tak endah saja betul tak?

Namun, lain pula yang jadi dalam video tular ini apabila sekumpulan budak lelaki dikacau oleh seorang individu sehingga menyebabkan mereka berlari telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@meergic_

Orang tanya baik-baik pun lari. Haihh #fyp

original sound - ameer K - ameer K

Niat nak prank untuk takutkan geng basikal, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @meergic_, kelihatan pemuda itu sedang berjalan di sebuah kawasan kampung.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia terjumpa sekumpulan budak lelaki sakan bermain basikal di situ.

Lalu, muncul ideanya untuk menyakat budak-budak itu. Dia bertanya jika mereka tahu di mana tempat yang menjual kepala budak-budak.

Oleh kerana terkejut dan takut, budak-budak itu dilihat berlari lintang-pukang supaya tidak ditangkap. Tetapi, reaksi muka mereka yang ketawa pula membuatkan ramai konfius.

"Tolong la sorang buat kat adik aku wey. Penat dah nak larang dia keluar petang-petang" - Warganet

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Setakat ini, video berkenaan telah mencecah 1.8M tontonan, 196.5K tanda suka serta 28.4K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat budak-budak itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ingatkan nak menangis, rupa-rupanya seronok pula diaorang berlari ya. Macam-macam hal :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: