seismik

Rakaman Jemaah Meninggal Di Masjid Mina Semasa Beri Tazkirah Ini Buat Ramai Tersentuh

Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Cover image via @rmixbyhakim (TikTok) & @gegar.my (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap manusia yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini apabila tiba masanya

Ajal dan maut memang sudah tertulis oleh Allah SWT sejak kita lahir ke dunia lagi. Disebabkan itulah, kita sebagai umat Islam diwajibkan membuat amal ibadah yang mencukupi sebelum sakaratul maut datang menjemput.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang jemaah di Mina meninggal semasa sedang memberikan tazkirah kepada jemaah lain di masjid.

Lihat video itu di bawah:

Tiba-tiba rebah semasa sedang beri tazkirah buat jemaah lain

Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 31 saat oleh @rmixbyhakim itu, kelihatan arwah sedang memberikan tazkirah dalam satu majlis ilmu agama di Mina.

Apa yang membuatkan ramai sebak dan tersentuh adalah apabila dia tiba-tiba kelihatan seperti pening kepala dan ingin rebah.

Namun, sebaik saja dua orang jemaah lagi datang kepadanya, dia terus jatuh dan difahamkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Allahuakbar. Sakaratul maut itu amat dahsyat. Tetapi Allah permudahkan urusan akhir beliau. Rezeki beliau di tanah suci" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 737.6K views, 50.7K likes dan 3.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama para orang beriman.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mudah sungguh cara pemergian arwah. Semoga syurga buatnya. Al Fatihah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: