seismik

[VIDEO] Gelagat Dua Lelaki Terkunci Dalam Kereta ‘Display’ Di Mall Ini Buat Ramai Ketawa

Macam mana boleh terkunci tu bang?

Cover image via @ciaobem (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika berjalan di shopping mall, sudah tentu kita akan lihat pameran kereta keluaran terbaru daripada syarikat automobil bukan?

Tujuan kereta-kereta tersebut dipamerkan adalah untuk menarik minat pelanggan supaya membeli sesebuah kereta itu bergantung pada teknologi canggihnya.

Tetapi, berbeza pula dengan insiden yang terjadi kepada dua orang lelaki ini apabila mereka terkunci dalam kereta display telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat asal nak tengok-tengok dalam kereta, tak sangka boleh pula terkunci

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ciaobem, kelihatan dua lelaki itu sedang berada di dalam sebuah kereta display dalam pusat beli-belah.

Apa yang membuatkan mereka berdua terkejut adalah apabila kereta itu tiba-tiba terkunci dan membuatkan mereka panik.

Walaupun masing-masing tengah cuak, mereka siap pura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan tidak meminta pertolongan daripada salesman di situ kerana malu. Akhirnya, mereka hanya mampu tergelak.

Susulan tularnya video itu yang kink telah meraih 1.1M views, 76.6K likes dan 10.7K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Panggil jelah salesman tu minta tolong. Takut lemas nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: