seismik

Kecewa Dituduh Ahli Freemason, Shuib Nak Cari & Saman Individu Fitnah Arwah Siti Sarah

Semoga dapat jumpa individu yang dicari.

Cover image via @shuibsepahtu (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di laman Instagram tentang dua orang individu yang memfitnah pelawak Shuib Sepahtu dan arwah isterinya, Siti Sarah

Difahamkan, dua individu tersebut telah menabur beberapa fitnah kepada Shuib dan arwah Siti Sarah dengan mengatakan mereka merupakan ahli Freemason sebelum ini sehingga mengaitkan tentang kematian arwah.

Lihat tangkap layar tersebut di bawah:

Bengang nama arwah isteri dipetik, Shuib nekad cari dan mahu saman dua individu

Berdasarkan tangkap layar itu, kelihatan dua individu tersebut menuduh perkara yang sama terhadap Shuib iaitu mengatakan dia adalah ahli Freemason.

Malah lebih teruk lagi, mereka juga mengaitkan isu Freemason dengan kematian arwah Siti Sarah.

Kononnya, arwah dijadikan sebagai ‘korban’ demi mempromosikan tentang suntikan vaksin buat ibu mengandung.

Shuib yang selama ini hanya berdiam diri, kini tampil untuk bersua muka dan mencabar kedua-dua individu itu menunjukkan bukti jika benar dia ahli Freemason seperti apa yang diperkatakan oleh mereka.

“Dia yang minta tidur ni, kurang ajar” - Netizen

Ikutan tularnya tangkap layar berkenaan, ramai rakan artis dan netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada rakan artis dan netizen di Instagram:

Kalau tak ada benda baik untuk dikata, lebih baik diam saja. Nanti makan diri sendiri. Semoga kita semua ambil pengajaran daripada isu ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: