seismik

'Payung' Skill Pusing Kerusi Guna Kaki, Budak Perempuan Ini Dipanggil MHI & Dapat Masuk TV

Fuyoo hebat dik!

Cover image via @_blightrose (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai bakat terpendam yang unik, tidak kiralah sama ada dalam nyanyian, lakonan, tarian, atau pun bakat unik seperti memusingkan kerusi guna kaki

Seperti seorang budak perempuan ini yang hebat memutarkan kerusi dengan hanya menggunakan sebelah kakinya telah meraih perhatian ramai baru-baru ini.

Bakat uniknya itu membuatkan ramai tergamam dan dia telah dipanggil oleh pihak Malaysia Hari Ini (MHI) untuk menunjukkan skillnya itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka dipanggil interview dan dapat tunjuk bakat dalam televisyen

Menerusi perkongsian video daripada @_blightrose, kelihatan budak perempuan itu sedang berada di dalam sebuah segmen MHI di TV3 Malaysia.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia siap menunjukkan demonstrasi bagaimana memusingkan kerusi menggunakan sebelah kaki sambil bermain telefon.

Bakat uniknya itu ternyata membuatkan para pengacara MHI tergamam dan kagum kerana bukan mudah memutarkan kerusi seperti itu.

"Uish masuk TV dah, aku kena cari skill terpendam ni" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, kini ia telah mencecah 736K views, 46.3K likes dan 1.9K comments di TikTok.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai bakat budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini nama dia rezeki, bukan semua orang ada bakat unik macam adik ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: