seismik

[VIDEO] Berlakon Macam Nak Bersalin, Budak Perempuan Ini Terciduk Malu Lepas Dirakam Ibu

Betul-betul in character ya dik.

Cover image via @keluargaa321 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap wanita yang pernah melalui pengalaman melahirkan anak pasti tidak akan melupakan kenangan manis itu

Setelah sembilan bulan kandungkan anak di dalam perut, tibalah masa untuk bertarung nyawa pula demi melahirkan zuriat tercinta.

Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang budak perempuan berlakon seperti ingin bersalin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Siap letak bantal dalam perut nak betul-betul menjiwai watak

Menerusi video berdurasi 16 saat yang dimuat naik oleh @keluargaa321, kelihatan budak perempuan itu sedang terbaring di atas lantai sambil memegang perutnya.

Apa yang mencuri tumpuan dan membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia rupa-rupanya sedang melakonkan watak wanita ingin bersalin di hospital.

Dengan membuat mimik muka menahan sakit, dalam diam aksinya itu dirakam oleh si ibu. Sebaik saja dia tersedar dirinya dirakam, budak itu cepat-cepat bangun dan tergelak. Dia juga sempat memarahi ibunya kerana merakam gelagat spontannya itu.

"Dia punya menjiwai watak tu level tinggi. Aku dulu pun macam tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, kini ia mencecah sehingga 4.3M views, 215.5K likes dan 5.3K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan reaksi masing-masing tentang lakonan budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti selalu tengok drama adik ni, itu yang terlebih menjiwai watak tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: