Fasih Bercerita Tentang Haiwan Dalam Bahasa Inggeris, Budak Lelaki Ini Buat Warganet Kagum
Bestnya dengar accent dia.
Kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris sememangnya wajib dipuji
Tambahan pula jika anak kita yang masih kecil tetapi sudah fasih berbahasa Inggeris dengan lancar, ia merupakan satu kebanggaan buat ibu bapa.
Seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang budak lelaki bercerita tentang haiwan kepada ibunya dalam bahasa Inggeris telah mendapat pujian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Semangat cerita tentang shark dekat ibu, ramai terpegun dengan kefasihan si anak speaking
Menerusi video yang dikongsi oleh @omar_andmom, kelihatan budak lelaki itu sedang bercerita tentang haiwan kepada ibunya.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila dia dilihat sangat fasih berbahasa Inggeris dan yakin dengan penceritaannya seolah-olah sudah biasa masuk pertandingan public speaking.
Malah, dia bercerita dengan bersemangat dan sangat jelas. Melihat dari gayanya, sudah tentu budak lelaki itu sudah diajar berbahasa Inggeris sejak dia kecil lagi.
"MashaAllah, comelnya adik speaking" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6M views, 94.6K likes dan 7.3K shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut memuji kepandaian dan kepetahan budak itu bercakap dalam bahasa Inggeris. Malah, ramai yang mendoakan dia berjaya dunia dan akhirat.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!