seismik

"Macam Harga Axia Rahmah" - Lelaki Beli Stroller Bayi RM23K Ini Undang Bualan Warganet

Biarlah, itu kan duit dia.

Cover image via @afinisafien (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan mana yang tidak merasa teruja untuk menerima kehadiran cahaya mata buat pertama kali, betul tak?

Tambahan pula, jika zuriat yang ditunggu-tunggu bertahun lamanya kini dapat bertentang mata hanya beberapa bulan saja lagi.

Dari segi keperluan bayi pula, sudah tentu macam-macam yang harus dibeli termasuklah stroller yang selesa.

Begitupun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki menghadiahkan stroller berjenama mahal yang berharga RM23,000 buat isterinya telah menjadi bualan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@afinisafien

Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad

bunyi asal - Afini Safien - Afini Safien

Hadiahkan stroller Dior untuk isteri dan bayi yang bakal dilahirkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @afinisafien, kelihatan suami isteri itu sedang membeli-belah barangan bayi mereka di sebuah butik mewah iaitu Dior.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah apabila lelaki itu menghadiahkan sebuah stroller berharga RM23,000 buat isterinya yang bakal melahirkan bayi mereka tidak lama lagi.

Menurut isterinya, dia begitu terharu dengan tindakan si suami selain menyifatkan ia adalah rezeki buat bayi yang sedang dikandungnya itu.

“Terima kasih suami. RM23,000 melayang untuk kereta baby sampai termimpi-mimpi memang kena beli. Nanti kempunan pulak katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalau beli stroller ni kena beranak lagi tiga tahun akan datang,” katanya.

"Tak bagi stroller mahal pun tak apa. Janji mau tolak stroller sama-sama, bangun malam sama-sama dan tau tanggungjawab" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 767.8K views, 22.1K likes dan 3.6K shares di laman TikTok.

Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dan pandangan berbeza mengenai video yang dikongsi oleh suami isteri itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sebenarnya tak salah nak berbelanja sekali sekala barangan mewah, asalkan ikut kemampuan kita :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: