seismik

Rider Minta Transfer Online RM5 Nak Beli Makanan, Peniaga Ini Tak Sangka Ada Kisah Sedih

Sebaknya dengar.

Cover image via @taugedel (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hidup ini, setiap manusia mempunyai masalah dan kisah sedih masing-masing yang tidak diceritakan pada orang luar

Contoh paling dekat adalah dari segi pekerjaan dan kewangan. Bukan semua orang diberi pekerjaan yang bagus dan gaji yang banyak untuk menyara diri atau keluarga.

Ada yang terpaksa mengikat perut demi mencari sesuap nasi dalam sehari. Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini yang memaparkan kisah seorang rider makanan yang ingin membeli di kedai tepi jalan telah menyentuh hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@taugedel

Lain orang, lain struggle dia. Duduk tepi jalan ni, banyak mengajar kita sebenarnya #fyp #tauhubergedil #taugedel #damansaradamai #peniagajalanan

Hanya Satu Persinggahan - arief akdw

Rider tiba-tiba datang minta nak beli makanan online sebab tak cukup cash, tak sangka rupa-rupanya ada kisah sedih di sebaliknya

Menerusi perkongsian video daripada @taugedel, kelihatan dua orang peniaga itu sedang menyiapkan makanan untuk pelanggan mereka.

Tiba-tiba, mereka didatangi oleh seorang individu yang dipercayai merupakan rider makanan. Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila dia meminta kepada peniaga tersebut untuk membeli makanan untuk dirinya.

Disebabkan dia tidak cukup duit di tangan, dia meminta untuk transfer RM5 secara online kepada mereka. Lebih menyentuh hati dia sempat memberitahu bahawa dia belum mengisi perut lagi pada hari itu kerana duit dalam akaun banknya sudah habis. 

"Adik ni part time je. Siang buat Shopee, malam kerja kilang. Bila duduk tepi jalan ni, macam-macam jenis manusia kita jumpa. Macam-macam benda yang boleh buat kita mensyukuri setiap nikmat yang Allah bagi," kata peniaga itu.

"Sebab tu la tiap kali saya order makan wajib saya order untuk rider sekali sebab kesian kat diaorang. Nak kenyangkan perut kita tapi diaorang berlapar tak sampai hati rasa" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.2M tontonan, 117.9K tanda suka serta 5K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut sebak dan meluahkan reaksi masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mata admin tiba-tiba masuk habuk pula. Semoga murah rezeki akak dan abang tu selalu bagi makanan dekat orang yang memerlukan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: