seismik

Satu Bukit Bintang Kenal, Gadis Dapat Hadiah Kereta Siap Letak Dalam Lori Ini Curi Tumpuan

Untungnya dia.

Cover image via @eydayolanda89 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan yang romantik dan pandai menghargai mereka betul tak?

Siapa saja yang tidak gembira dan cair apabila sering diberikan kejutan pada hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran.

Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang gadis mendapat hadiah kereta mewah daripada pasangannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@eydayolanda89

1 bukit bintang dah kenal kau tasha. kauuuu kalau curang jugak, tak tawu lah tasha. hahahaha. huntung tasha ! #fyp #bukitbintang

original sound - ajjjuu_ - Ajju 

Pasangan bagi hadiah kereta mewah, siap decorate dalam lori dan ada belon-belon

Menerusi video yang dikongsi oleh @eydayolanda89, kelihatan sebuah kereta mewah bersama ratusan belon dihias cantik dalam sebuah lori yang mempunyai cermin transparent.

Difahamkan, situasi itu berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia merupakan hadiah buat seorang gadis bernama Tasha kerana terdapat tulisan di cermin lori itu "terima kasih untuk segalanya, Tasha sayang".

Lori itu ternyata berjaya mencuri tumpuan para pengunjung di sekitar Bukit Bintang dan membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah gerangan Tasha yang dimaksudkan itu.

"Untungnya. Siapa punya partner ni? Level sweet dia ni next level" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 605.1K views, 36.3K likes dan 2.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan effort pasangan gadis bernama Tasha itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan biasa-biasa ya level surprise lelaki tu buat dekat pasangan dia. Sweet betul! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: