seismik

Mak Cik Cleaner Terharu Dapat Jam Rolex Berharga RM35K Oleh Majikan Lepas 10 Tahun Bekerja

Bagusnya majikan dia.

Cover image via The Straits Times

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, pekerjaan sebagai tukang cuci sebenarnya sangat memenatkan

Hanya mereka yang berjiwa kental saja mampu menggalas tugas sebagai tukang cuci tidak kira di tandas, pejabat atau pun di tempat awam.

Golongan ini juga perlu dihargai dan layak mendapat hadiah sekiranya mereka merupakan pekerja yang berdedikasi.

Itulah yang dilakukan oleh sebuah kumpulan restoran di Singapura, Paradise Group baru-baru ini apabila mereka menghadiahkan seutas jam tangan berjenama mewah, Rolex kepada pekerja yang telah berkhidmat untuk tempoh lama dengan syarikat berkenaan.

Salah seorang penerima jam Rolex RM35K adalah seorang mak cik cleaner

Menurut sumber, syarikat berkenaan baru-baru ini membuat acara makan malam tahunan dan menghadiahkan 98 utas jam Rolex yang berharga sekitar SGD10,000 (RM34,426) kepada pekerja yang telah lama berkhidmat dengan mereka tanpa mengira jawatan.

Salah seorang yang menerima jam tersebut adalah seorang mak cik cleaner berusia 67 tahun, Tan Ai Tee yang telah berkhidmat selama 10 tahun dengan kumpulan restoran berkenaan.

Pernah menerima jongkong emas seberat 2.5 gram selepas 5 tahun berkhidmat dan sebuah lagi jongkong emas seberat 5 gram selepas 8 tahun bekerja di sana.

Tan mula bekerja seawal usia 16 tahun dan melakukan pelbagai kerja termasuklah menjual nasi ayam, memasang alatan komputer dan pernah juga bekerja sebagai pembantu jualan.

Selepas itu, dia menjadi petugas pembersihan di ibu pejabat Paradise Group, bekerja untuk lima hari seminggu bermula dari jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Murah rezeki dia dapat majikan dan syarikat yang bagus. Semoga diberi kesihatan yang baik buat mak cik Tan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: