Pertama Di Asia, Nia Atasha Jadi Model Pakaian Dalam Jenama Antarabangsa Victoria’s Secret
Nia menjadi wajah kempen baru jenama tersebut bersama dua orang lagi model luar negara.
Buat pertama kali di Asia, jenama pakaian dalam terkenal antarabangsa, Victoria’s Secret mengumumkan model Nia Atasha menjadi wajah kempen baru jenama itu
Nia Atasha turut menjayakan kempen tersebut dengan dua lagi model iaitu peserta Miss Universe 2018 Jane Teoh dan pelakon Thailand, Janie.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nia memberi ‘hint’ kejutan itu dan telah mendapat sambutan yang baik oleh para pengikut media sosialnya.
Lihat posting itu di bawah:
Menerusi temubual bersama EH! Malaysia, Nia anggap ianya satu penghormatan kerana dipilih dan diberi peluang untuk menjadi model kepada jenama itu
Untuk pengetahuan anda, Nia atau lebih popular dengan nama @sleepylllama di platform media sosial memulakan karier sebagai model selepas tamat sekolah.
Katanya lagi, sejak memulakan karier sebagai model, dia ada menyimpan impian untuk menjadi wajah kempen Victoria's Secret dan tak sangka kini ia menjadi kenyataan.
Lihat temubual penuh di bawah:
Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen berasa kurang senang dengan penampilan yang ditonjolkan oleh Nia kerana dia merupakan seorang wanita Muslim
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!