seismik

The Zeppo Youngsterz Menang Tempat Pertama Di Pertandingan USA, Ramai Tumpang Bangga

Tahniah! Hebat anak Malaysia.

Cover image via @zeppoyoungsterz (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama kumpulan The Zeppo Youngsterz sudah semakin dikenali ramai sejak kebelakangan ini

Mereka merupakan kumpulan penari muda yang giat dan aktif dalam dunia tarian sejak kecil lagi. Video-video tarian mereka yang juga kerap keluar di laman For You Page (FYP) di TikTok.

Baru-baru ini, mereka telah memenangi pertandingan Body Rock 2023 di USA, sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zeppoyoungsterz

From Malaysia to USA! We made it guys! World Champion of Body Rock 2023! Thank you for making this journey possible #ZY2SanDiego #ZeppoYoungsterz #Malaysia #AsiaPacific #BodyRockDanceCompetition

original sound - The Zeppo Youngsterz - The Zeppo Youngsterz

Dari Malaysia ke USA, usaha akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjadi juara Body Rock Dance Competition

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeppoyoungsterz, kelihatan mereka terbang ke USA untuk memasuki sebuah pertandingan tarian antarabangsa iaitu Body Rock 2023.

Saingan sengit sudah tentu membuatkan anak-anak Malaysia ini berdebar kerana kumpulan lain yang bertanding tidak kurang hebatnya.

Namun, kalau rezeki sudah ditetapkan siapa kita untuk menolaknya betul tak? Mereka akhirnya berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

"Meremang satu badan bila dengar dia sebut Malaysia. Tahniah, bangga anak Malaysia!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 1.4M views, 137.4K likes dan 2.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut menumpang gembira dan mengucapkan tahniah buat mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak sabar nak tengok video diaorang perform dekat sana. Tahniah The Zeppo Youngsterz!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: