seismik

Rezeki Tak Disangka, Wanita Maklum Diri Hamil Lepas 4 Tahun ‘TTC’ Buat Officemate Sebak

Admin pun sebak juga ni.

Cover image via @mrscoolperson (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap wanita yang sudah berkahwin sudah tentunya mahukan zuriat sendiri

Orang kata, kehadiran cahaya mata adalah pembawa rezeki terbesar dalam rumah tangga. Merekalah penyeri dalam hidup ibu bapa.

Namun, bukan semua pasangan dikurniakan rezeki zuriat serta merta selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapat gelaran ibu dan ayah.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita memberitahu rakan sekerja dirinya hamil selepas menunggu empat tahun telah membuatkan ramai sebak.

Lihat video itu di bawah:

@mrscoolperson

Orang suprisekan dia.. dia suprisekan kita balik..

original sound - MrsCool Person - MrsCool Person

Rakam video suruh kawan-kawan ikut apa yang ingin dikatakan, tak sangka ada berita gembira

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mrscoolperson, kelihatan wanita itu sedang merakam sebuah video sebagai kenangan dengan rakan-rakan sekerjanya.

Difahamkan, dia baru saja mendapat kejutan hari jadi oleh rakan-rakannya. Namun, tak sangka pula dia juga ada kejutan buat mereka.

Dia yang merakam video memberitahu mereka supaya mengikut cakapnya. Mereka pun menurut kata tanpa mengesyaki apa-apa.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila dia memaklumkan bahawa dia sudah mengandung di akhir video. Sebaik saja dia membuat pengumuman tersebut, rakan-rakannya terus memeluk dan mengucapkan tahniah buatnya yang sudah menanti zuriat sejak empat tahun lalu.

"Dengan aku join nangis sekali. Tahniah sis, doakan saya juga tau" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 98K views, 5.1K likes dan 423 comments di laman TikTok.

Rata-rata netizen terutamanya wanita turut meluahkan rasa sebak selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang meminta doa daripada wanita itu supaya mereka juga dikurniakan zuriat tidak lama lagi kerana ramai yang sudah bertahun-tahun TTC (trying to conceive) namun belum ada rezeki.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alhamdulillah, tumpang gembira untuk akak tu. Semoga dipermudah urusan hamil dan sentiasa sihat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: