seismik

"Nasib Tak Kena Kejar Balik" - Gadis Buat Hal Cari Kepala Anjing Ini Bikin Warganet Ketawa

Boleh pula anjing tu takut ya.

Cover image via @lee0_o0 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita akan takut dengan haiwan liar seperti anjing bukan?

Tambahan pula, anjing-anjing jalanan yang tidak bertuan. Mereka memang ganas lain macam sikit. Jadi, kalau terjumpa anjing liar memang kita akan cepat-cepat angkat kaki.

Namun, lain pula yang berlaku dalam video tular ini apabila seorang gadis bertindak mengejar dan menakutkan seekor anjing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selalu nampak prank cari kepala budak, tapi kali ini lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @lee0_o0, kelihatan gadis itu sedang berada di sebuah tempat letak kereta.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia ternampak seekor anjing berwarna coklat berada di sekitar kawasan itu.

Lebih mengejutkan, gadis itu tiba-tiba mengejar anjing tersebut sambil bertanya "ada nampak kepala anjing?". Tindakannya membuatkan kawannya tergelak kerana ia sangat spontan.

"Hahaha lain macam akak ni. Yang lain nak kepala budak, dia nak kepala anjing. Ini memang betul-betul menganjing kak" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.7M tontonan, 407.6K tanda suka serta 38.9K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Random betul dia punya lawak tu, terhibur admin tengok! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: