seismik

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4 Akibat Covid-19, Kisah Wanita Berubah Karakter Ini Raih Sebak

Kesiannya, tak sangka kesan Covid-19 boleh jadi sampai macam tu.

Cover image via @zurainikamalcsm (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Tahun 2020 hingga 2022 merupakan fasa sukar bagi semua rakyat Malaysia dengan kehadiran wabak Covid-19 yang sangat berleluasa

Sudah ramai yang kehilangan nyawa ahli keluarga tersayang disebabkan virus jahat itu. Malah, Covid-19 juga memberikan kesan yang besar dalam industri pekerjaan. Lihat saja berapa banyak syarikat terpaksa ditutup dan pekerja dibuang kerana ekonomi yang merudum.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya kesan Covid-19 bagi sesetengah pesakit yang masih hidup sehingga sekarang rupa-rupanya sangat teruk sehingga ada yang bertukar perwatakan.

Salah satu kisah yang menyayat hati ramai adalah tentang Puan Maryam yang menghidap kanser limfoma dan bertukar karakter menjadi kanak-kanak akibat Covid-19 varian Delta.

Lihat video itu di bawah:

@zurainikamalcsm

Replying to @irdaruyati Belanja Maryam Makan Durian. Rupanya dah lama dia teringin. Allah Makbulkan Doa Maryam #CSM #aktiviskanser #healtheducation #aktivisMarhaen #cancersurvivorsmalaysia #kumpulanSokonganPesakitKanser

original sound - zurainikamalCSM - zurainikamalCSM

Pernah ditidurkan sebanyak tiga kali selepas dijangkiti Covid-19

Menerusi video yang dikongsi oleh @zurainikamalcsm, kelihatan Puan Maryam bersama Puan Zuraini iaitu wanita yang ingin membantunya dan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang sakit yang dihidapnya itu.

Menurut Puan Zuraini, selepas Puan Maryam ditidurkan sebanyak tiga kali akibat jangkitan Covid-19, dia disahkan menghidap neurocognitive disorder.

Penyakit itu membuatkan Puan Maryam mempunyai personaliti baru iaitu berperwatakan seperti kanak-kanak. Selain suaranya berubah menjadi kecil, dia juga meminati anak patung.

Malah, dia juga mempunyai anak kurang upaya iaitu autism. Kini, dia menghidap kanser limfoma tahap empat dan memerlukan bantuan orang ramai untuk meneruskan hidup dengan anak-anak dan suaminya.

"Menarik kes Maryam ni, kalau boleh pakar buat research share kesan Covid-19 tu pada umum. Mesti ramai yang tak tahu ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.9M views, 81.9K likes dan 5.3K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati melihat nasib Puan Maryam dan ada juga yang berkongsi kisah sama yang terjadi kepada keluarga mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedihnya tengok perjalanan kisah dia. Semoga Puan Maryam diberi kesembuhan dan pulih seperti sedia kala secepatnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: