seismik

[VIDEO] Cara Pengantin Raikan Tetamu Siap Jamu Air Starbucks Ini Curi Perhatian Ramai

Wow, ini memang rare!

Cover image via @whosdatgirl (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, jika datang ke kenduri kahwin kita hanya dihidangkan dengan minuman kordial seperti sarsi, sirap atau oren

Kombinasi air-air tersebut memang 'ngam' kalau dimakan bersama nasi minyak. Ditambah pula dengan papadom, memang layan!

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila pasangan pengantin baru menghidangkan air 'kayangan' buat para tetamu mereka telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@whosdatgirl

Bestie literally said “Grande-sized drink for all guests!”

Rayuan Perempuan Gila - BRANZZ

Semua dapat air Starbucks free, ramai puji cara unik pengantin hargai kehadiran tetamu

Menerusi video yang dikongsi oleh @whosdatgirl, kelihatan gadis itu menghadiri sebuah majlis perkahwinan sepasang pengantin baru yang merupakan kawan baiknya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila semua tetamu dijamu yang hadir ke majlis tersebut dihidang dengan air Starbucks bersaiz grande setiap seorang.

Perkara itu adalah sangat unik kerana seperti mana yang kita tahu, minuman Starbucks bukanlah murah. Paling rendah pun harganya mencecah hampir RM20 secawan.

"Bestie literally said grande-sized drink for all guests!," katanya.

"Aku kahwin nanti nak panggil lori milo je la, sedap pun sedap" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.1M views, 251.8K likes dan 31.9K shares, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lain macam pengantin ni punya level, beruntung tetamu dia dapat air kayangan free!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: