PRN: Syed Saddiq & MUDA Cadang Sistem Pencen Dihapuskan Untuk Semua Ahli Politik
Bagus juga cadangan ini.
Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bakal berlangsung pada 12 Ogos tidak lama lagi
Kita dapat lihat kesemua parti yang bertanding membuat kempen besar-besaran untuk meraih undi para penyokong dan juga pembangkang.
Tidak terkecuali dengan parti MUDA yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencadangkan penghapusan sistem pencen bagi semua ahli politik.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hapus sistem pencen dan kembalikan sistem caruman
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syedsaddiq di akaun TikToknya, kelihatan beliau mencadangkan satu sistem baru untuk kerajaan supaya menghapuskan pencen bagi semua ahli politik.
"Bagi ahli politik, masuk pejabat, terus layak dapat pencen seumur hidup. Pencen pula bukan satu, bertingkat-tingkat. Ada pencen ahli parlimen, menteri, ADUN, speaker. Siap ada jawatan bertimbun-timbun GLC dan agensi yang berlainan. Sebab itu ramai ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan, bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda mereka.
Sebab itu dalam MUDA, kita mencadangkan untuk menghapuskan sistem pencen dan mengembalikan sistem caruman. Supaya tidak ada tembok yang memisahkan pemimpin politik dengan rakyat Malaysia. Inilah politik baru yang ingin MUDA bawa. Rakyat dan pemimpin berpisah tiada," katanya.
"Sokong sangat. Keep it up MUDA, we are moving towards the new era" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 362.3K tontonan, 23.7K tanda suka serta 3K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut menyokong cadangan parti MUDA dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!