seismik

Netizen Sedih Lepas Jenama Kosmetik Tempatan BeauTyra Ucap Selamat Tinggal Buat Pelanggan

BeauTyra mengumumkan bahawa mereka akan memulakan perjalanan transformasi dan tidak akan lagi menjual produk alat solek ikoniknya.

Cover image via @Beautyra_os (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kosmetik tempatan, BeauTyra baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mengucapkan selamat tinggal kepada penyokongnya selepas lima tahun dalam perniagaan

Image via The Sun Daily

Pada Selasa 1 Ogos, jenama dan pengasasnya, Tyra Kamaruzzaman mengumumkan di Twitter bahawa mereka akan memulakan perjalanan transformasi dan tidak akan lagi menjual produk alat solek ikoniknya.

Walaupun BeauTyra tidak mengesahkan sebab keputusan mendadak itu, jenama itu mengakui bahawa ia memainkan peranan penting dalam kehidupan ramai peminat produk kosmetik lokal.

"BeauTyra bukan sekadar jenama solekan. Ia mempunyai nilai sentimental yang kuat bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada ramai orang lain di luar sana. Ia menyimpan banyak kisah ramai orang yang suka membuat diri mereka kelihatan lebih cantik daripada biasa.

"Dengan berat hati kami mengucapkan selamat tinggal kepada produk solek yang menentukan diri anda dan kehidupan anda dengan cara tertentu," tulis pengasasnya dalam satu kenyataan.

Tyra juga mengakui bahawa jenama itu mendapat pujian daripada pelanggan kerana memperjuangkan keterangkuman sejak penubuhannya

"Apabila saya mula merancang jenama ini, saya tahu bahawa saya mahu intipati jenama itu adalah mengenai keterangkuman, kepelbagaian dan kecantikan.

"Saya berbangga untuk mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, kami kekal dengan apa yang kami percayai dan kami semakin yakin meletakkan nilai tersebut dalam produk yang kami cipta," kata Tyra.

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018, BeauTyra telah mengeluarkan beberapa barangan solekan yang terbukti popular dalam kalangan pelanggannya, termasuk body mist, gincu dan pemerah pipi, yang kesemuanya tidak akan dijual lagi.

Jenama itu juga pernah menjadi topik utama tahun lepas apabila mengumumkan kerjasama rasmi dengan Disney pada barisan produk edisi terhad.

Dalam pada itu, netizen terkejut dengan pengumuman BeauTyra dan meluahkan rasa dukacita di ruangan komen melalui laman Twitter

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: