"Skill Boleh Diasah" - Altimet Tampil Pertahan Baddrol Bakhtiar Berucap Gunakan Skrip
Baddrol Bakhtiar merupakan calon Perikatan Nasional di Gurun.
Baru-baru ini, sebuah rakaman memaparkan Baddrol Bakhtiar iaitu calon DUN Gurun telah tular di media sosial dan mencetuskan kecaman ramai
Baddrol yang tampil membuat ucapan di salah sebuah ceramah politik di Kedah telah menerima kecaman gara-gara memberi ceramah sambil melihat skrip di depannya.
Lihat video tersebut di bawah:
Altimet tampil pertahankan Baddrol yang pertama kali memberi ucapan di khalayak ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @nmqlinrz, kelihatan tindakan Baddrol membaca skrip tidak mencerminkan kredibiliti sebagai seorang ahli politik yang seharusnya lebih yakin tanpa memerlukan sebarang bantuan atau skrip.
Walau bagaimanapun, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Altimet tampil mempertahankan bekas pemain bola kebangsaan itu melalui ciapannya di laman Twitter.
"Bagi dia masa. Semua orang mula dalam keadaan kurang mahir. Berucap ni satu skill yang boleh asah dengan berlatih," katanya.
Pendapat Altimet turut disambut baik oleh sebahagian netizen
Dalam pada itu, Altimet dipuji oleh segelintir netizen kerana walaupun berbeza parti, dia tidak merendah-rendahkan pihak sana.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!