seismik

[VIDEO] Murid Bawa Pengasah Pensel Moden, Gelagat Cikgu Excited Ini Pula Cuit Hati Ramai

Canggih betul pengasah pensel dia.

Cover image via @tcer_linna (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, semua benda sudah semakin canggih tidak kiralah barangan elektronik atau apa saja

Jika diingat semula, zaman sekolah generasi kita dulu pengasah pensel dijual dengan harga murah serendah RM0.20 saja. Pasti semua pernah melalui kenangan mengasah pensel di tong sampah belakang kelas beramai-ramai bukan?

Namun, tular pula sebuah video ini memaparkan seorang cikgu teruja mencuba pengasah pensel moden anak muridnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@tcer_linna

Cikgu tak pernah jumpa wehhhhh…. Tengah mengajar tetiba bunyi zett zett…ketagih weh!!!

original sound - Tcer Linna - Tcer Linna

Cikgu tak pernah jumpa pengasah pensel jenis moden, seronok pula bila anak murid ajar cara guna

Menerusi perkongsian video daripada @tcer_linna, kelihatan cikgu itu baru saja selesai mengajar anak murid di dalam kelasnya.

Menurutnya, sebaik saja anak murid menyiapkan dan menghantar latihan yang diberi, dia terdengar bunyi mesin pengasah pensel yang dibawa oleh salah seorang daripada mereka.

Dengan penuh rasa teruja, cikgu tersebut seronok mengasah pensel anak muridnya kerana bunyi mesin itu dan kecanggihannya.

"Abang dulu pakai pisau je dikk. Ade modal sikit baru beli pengorek yg bulat ada cermin tu. Aku ingat yang jenis pusing-pusing tu dah cukup canggih dah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.7M tontonan, 79.6K tanda suka serta 6.7K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan mengimbau zaman persekolahan mereka dulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, admin pun excited tengok mesin pengasah pensel dia, canggih betul ya. Auto rajin nak asah pensel :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: