seismik

Raih 3.7M Tontonan, Wanita Jadi 'Pilot' & Bawa Lori Treler Ini Buat Ramai Warganet Kagum

Wah, salute sis ni. Bukan senang nak bawak lori treler.

Cover image via @wanizulkifliii (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita hanya melihat orang lelaki yang memandu lori dan treler di jalan raya betul tak?

Iyalah, bukan mudah untuk mendapatkan lesen lori. Malah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana penggunaan gear yang banyak semasa pemanduan.

Namun, tular pula rakaman seorang wanita memandu lori treler baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tenang bawa lori treler, siap keluarkan isyarat tangan untuk minta kereta lain beri laluan

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu sedang merakam dirinya memandu sebuah lori treler yang panjang di jalan raya.

Apa yang membuatkan video itu tular adalah kerana ramai pertama kali baru melihat pemandu lori wanita, selalunya lelaki saja. Mereka turut kagum melihat kecekapan wanita itu memandu lori treler yang besar.

"Sukanya tengok perempuan bawa lori. Terbaik ladytruckers" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 3.7M tontonan, 290.8K tanda suka dan 12.7K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang salute dengan keberanian wanita itu memandu lori treler kerana bukan senang untuk mengawal kenderaan bersaiz besar seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kita pula yang cuak tengok dia buat U-turn tu. Hebatlah sis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: