seismik

"Congrats Girl!" - Netizen Teruja Influencer Hijabi Ini Bakal Berlakon Dalam Siri K-Drama

Wow, you go girl!

Cover image via @jpbrinx (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, sudah ramai anak muda yang mula dikenali di luar negara khususnya serantau Asia

Jika dulu hanya terdapat platform televisyen dan radio untuk anak seni menunjukkan bakat mereka, kini tidak lagi.

Banyak media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter yang kini menjadi jalan mudah untuk sesiapa saja mudah dikenali ramai dengan hanya membuat konten menarik.

Baru-baru ini, seorang influencer yang terkenal kerana sering berkongsi kehidupannya di Korea Selatan iaitu Sabrina Azhar berkongsi dia bakal membintangi sebuah K-Drama telah mendapat perhatian netizen di Twitter.

Lihat ciapan tersebut di bawah:

Minta maaf dekat followers sebab tak dapat balas tweet, sibuk dengan penggambaran K-Drama yang pertama

Menerusi ciapan tersebut, kelihatan Sabrina memuat naik gambar dan videonya sedang membuat penggambaran sebuah K-Drama yang bakal keluar tidak lama lagi.

Dalam video berdurasi 14 saat itu, Sabrina dilihat mengenakan pakaian seragam sekolah menengah Korea dan set lakonan itu seperti di dalam sebuah kelas standard negara itu.

Walau bagaimanapun, tajuk K-Drama itu belum diumumkan menerusi mana-mana media sosial gadis comel berkenaan.

Susulan tularnya ciapan itu yang kini telah meraih 935.9K views, 4.7K likes dan 444 retweets, rata-rata netizen turut teruja untuk melihat kemunculan gadis itu dalam K-Drama yang bakal ditayangkan

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Peminat K-Drama bolehlah support lakonan Sabrina nanti, admin pun tak sabar nak tengok ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: