[VIDEO] Baru Lahir Dah Pandai Angkat Sebelah Kaki, Bayi Ini Buat Ramai Terhibur
Amboi, tak suka kena bedung ya dik?
Kebiasaannya, bayi yang baru lahir perlu dibedung badannya kerana mereka masih belum biasa dengan suhu di luar perut ibu mereka
Iyalah, sudah sembilan bulan duduk di dalam perut ibu yang suam dan gelap. Jadi, bila lahir di dunia badan mereka yang kecil itu pasti akan terkejut.
Namun, lain pula dengan seorang bayi ini apabila dia selamba mengeluarkan kakinya dari bedung telah menghiburkan ramai orang.
Lihat video itu di bawah:
Tiba-tiba bedung terbuka, siap keluarkan sebelah kaki letak atas bassinet
Menerusi video yang dimuat naik oleh @babyys_9, kelihatan bayi tersebut sedang berada di dalam sebuah bassinet di sebuah wad hospital.
Apa yang mencuit hati adalah apabila bedungnya dilihat terbuka dan kaki kirinya terkeluar daripada bedung tersebut.
Malah, riak wajahnya kelihatan begitu santai dan tidak sejuk walaupun seperti yang kita tahu suhu aircond di hospital sememangnya sangat dingin.
"Tak selimut sejuk, bila selimut dua kaki panas so satu keluar satu selimut barulah ngam soi. Haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 3.2M tontonan, 503.5K tanda suka serta 93.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat bayi itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!