seismik

"Bukan Main Kedekut" - Gelagat Bayi Tak Nak Kongsi Aiskrim Dengan Ibu Undang Tawa Ramai

Amboi, nangis tapi mulut masih kunyah aiskrim ya.

Cover image via @sicaqir (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, melayan kerenah anak yang semakin banyak akalnya memang menghiburkan

Telatah mereka yang semakin hari semakin cilik membuatkan kita rasa geram melihatnya. Malah, ada yang umur belum sampai setahun tapi sudah pandai 'berdrama'.

Seperti sebuah video ini apabila seorang bayi menangis kerana ibunya mengusik ketika dia sedang meratah aiskrim telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@sicaqir

Bukan main kedekut ais krim dia .

original sound - Sicaqir - Sicaqir

Mengamuk bila ibu minta aiskrim, tak nak berkongsi langsung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sicaqir, kelihatan bayi perempuan itu sedang duduk di dalam car seat sambil makan aiskrim ibunya.

Apa yang mengundang tawa adalah apabila dia mengamuk dan menangis sebaik saja si ibu mengusik ingin mengambil aiskrim di tangannya.

Lebih mencuit hati, si anak tetap meratah aiskrim itu walaupun sedang menangis membuatkan ibu dan ayahnya ketawa.

"Perempuan dengan makanan janganlah usik" - Warganet

Susulan tularnya video itu, kini ia sudah meraih 337.4K tontonan, 34.4K tanda suka serta 5.6K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel bayi itu. Malah, ada juga yang berkongsi perangai sama anak mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Padahal tu aiskrim mommy dia, sabar jelah ya. Kena mengalah dengan anak dara :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: