seismik

Mak Tengah Struggle Guna Blender Manual, Anak Boleh Bantai Menari Dekat Belakang Ikut Beat

Pantang dengar bunyi mesti nak berjoget ya dik.

Cover image via @tiktokvutuanson (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi wanita yang sebelum ini bekerja dan terpaksa berhenti demi menjaga anak

Hari-hari akan melalui fasa rumah bersepah kerana anak yang semakin lasak dan ingin mencuba macam-macam perkara. Sedikit sebanyak, kesabaran kita akan diuji.

Namun, sebenarnya telatah mereka jugalah yang menjadi penghibur hari-hari kita. Seronok bila melihat mereka membesar di depan mata.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang budak lelaki selamba menari di dapur semasa ibunya sedang menggunakan chopper telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ibu tengah gigih guna chopper potong bahan masak, anak boleh enjoy pula dekat belakang

Menerusi video yang dikongsi oleh @tiktokvutuanson, kelihatan budak lelaki itu sedang menemani ibunya yang memasak di dapur.

Apa yang menghiburkan adalah apabila si ibu sedang khusyuk memotong bahan masakan di dalam chopper blender, budak itu tiba-tiba menari kerana seronok mendengar bunyi chopper tersebut.

Lebih melucukan, dia pun ikut berhenti menari bila ibunya selesai menggunakan chopper blender itu.

"Aku ingat mak dia tengah gergaji dapur rupanya blender manual haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 604.3K tontonan, 26K tanda suka serta 7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kelakar betul awak ni dik, macam tu pun boleh menari :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: