Sakan ‘Mandi’ & Sepahkan Susu Sampai Mak Cik Mengamuk, Anak Buah Tetap Buat Muka Selamba
Allah, kesian dekat maksu dia tapi lawak!
Pasti di sini ramai yang mempunyai pengalaman menjaga anak saudara bukan?
Selalunya, maksu atau paksu lah yang menjadi mangsa untuk menjaga anak saudara ketika ibu bapa keluar bekerja atau berdating.
Sebab itulah, kebanyakan anak saudara rapat dengan mereka ini. Kalau nak minta mainan atau makanan pun, cari maksu dan paksu dulu. Betul tak?
Namun, lain pula dengan kisah seorang wanita ini apabila dua orang anak saudaranya menyepahkan susu di atas lantai telah mengundang tawa ramai.
Lihat video itu di bawah:
Selamba main susu atas lantai, dah kantoi lagi buat muka tak bersalah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eyfatyra12, kelihatan wanita itu sedang mencari dua anak buahnya yang tiba-tiba senyap.
Apa yang mencuit hati adalah apabila sebaik saja dia mendapati budak-budak lelaki itu sedang sakan menyepahkan susu di atas lantai, dia menjerit kepada mereka.
Lebih menghiburkan, kedua-dua budak lelaki itu tidak menunjukkan rasa bersalah dan masih meneruskan misi 'mandi' susu mereka.
"Ingat Anaqi dah teruk, atas kerusi lagi teruk. Sebagai anak bongsu, saya pun stress bila jaga anak buah" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 1.5M views, 174.5K likes dan 33K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat anak saudara wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!