seismik

"Inovasi Baru" - Jepun Keluarkan Susu Formula Bentuk Kiub Untuk Mudahkan Para Ibu

Wow, senang untuk bawa pergi travel!

Cover image via @noorusenpai (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Negara Jepun terkenal dengan kecanggihan teknologi dan inovasi pelbagai barangan

Jadi, tidak hairanlah mengapa negara tersebut lebih maju berbanding negara-negara lain dan mampu menarik pelancong asing untuk membeli barangan keluaran mereka.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang individu membancuh susu formula berbentuk kiub di dalam botol telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mudah untuk bawa travel, cipta susu formula berbentuk kiub

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @noorusenpai, kelihatan individu tersebut mengeluarkan beberapa kiub daripada sebuah kotak dan memasukkannya ke dalam botol susu.

Rupa-rupanya, kiub itu merupakan susu formula yang baru diolah untuk memudahkan ibu bapa terutama bagi mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Iyalah, kalau susu formula serbuk kan senang tumpah dan bersepah. Jadi, inovasi dari negara Jepun ini sangat membantu para ibu dan bapa.

"Haa lama dah fikir, kenapa tak ada orang buat nugget macam ni. Leceh betul la jenis powder tumpah sana sini" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 164.6K views, 5.9K likes dan 1.2K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut menyukai inovasi yang dikeluarkan oleh Jepun dan mengharapkan Malaysia juga mempunyai susu formula seperti itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pernah terfikir susu formula boleh jadi bentuk kiub macam ni, bila nak keluar dekat Malaysia? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: