"Siap Majlis Perasmian" - Akhirnya Oyen Dah Ada Papan Tanda Sendiri, Kali Ini Lagi Besar!
Wah, beruntung Oyen.
Baru-baru ini, semakin tular tentang kisah Oyen di Zoo Negara yang menjadi perhatian para pelancong setiap kali mengunjungi ke sana
Oyen merupakan kucing liar berwarna oren yang menumpang di kandang Capybara. Sejak akhir-akhir ini, ia menjadi tarikan baharu di Zoo Negara sehingga pelancong asing pun teruja untuk berjumpa dengannya.
Sebelum ini, terdapat papan tanda kecil tertulis nama Oyen telah diletakkan di bawah nama Capybara itu. Namun, baru-baru ini pihak Zoo Negara siap membuat majlis perasmian melancarkan Oyen kini sudah mempunyai papan tanda yang lebih besar.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dapat papan tanda secara rasmi sempena sambutan International Cat Day, netizen pula yang teruja
Menerusi video yang dikongsi oleh @sinar_my, kelihatan dua orang pegawai di Zoo Negara sedang menampal papan tanda tertera nama Oyen berwarna kuning sempena sambutan International Cat Day.
Pihak Zoo Negara juga melancarkan majlis perasmian tersebut sambil gambar mereka diambil oleh beberapa pihak media yang datang.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa teruja melihat Oyen akhirnya mempunyai papan tanda sendiri.
Malah, ada pula yang mencadangkan kepada pihak Zoo Negara supaya membuat satu kandang khas untuk mengumpulkan spesies Oyen saja.
"Punya kuat kabel Oyen, pasang signboard pun wartawan datang cover. Oyen jangan lupa diri tau, haha" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.3M tontonan, 94.8K tanda suka serta 9.1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!