"Ni Ah Wee" - Tular Rakaman Lelaki Cina Menyanyi Lagu Awie Ini Curi Perhatian Ramai
Sedap juga versi ni.
Bagi yang lahir sebelum tahun 90-an, anda pasti pernah melalui zaman kegemilangan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Wings, Search, Wings, XPDC dan macam-macam lagi bukan?
Walaupun lagu mereka adalah dicipta dalam Bahasa Melayu, namun ia berjaya mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum.
Malah, banyak lagu kumpulan rock kapak ini menjadi siulan bangsa Cina dan India. Mereka siap menyanyikannya di acara dan majlis penting.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan rakaman seorang lelaki Cina menyanyikan lagu Awie telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Enjoy nyanyi lagu Terima Kasih daripada Datuk Awie
Menerusi video yang dimuat naik oleh @gelamredah, kelihatan lelaki itu yang berpakaian kemas dan bergaya sedang membuat persembahan di sebuah acara konsert.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia dilihat santai dan enjoy menyanyikan lagu berjudul Terima Kasih daripada Datuk Awie di atas pentas.
"Memang banyak orang Cina suka lagu Awie ni. Terima Kasih antara lagu Melayu yang diterima baik dalam kalangan masyarakat Cina" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 116K tontonan, 7.9K tanda suka serta 2.6K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan reaksi mengenai persembahan lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!