"Hebat!" - Pelompat Motosikal Di Hari Kebangsaan Ke-66 Ini Rupa-Rupanya Seorang Wanita
Salute sis!
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 telah berlangsung dengan sangat meriah di Dataran Putrajaya semalam
Dapat kita lihat semangat patriotik yang terserlah di jiwa rakyat Malaysia sehingga ada yang sanggup bermalam dan berhujan di dataran semata-mata untuk melihat perarakan oleh pelbagai kontinjen negara.
Salah satu acara yang berjaya mencuri tumpuan para penonton adalah persembahan lagak negeri atau 'stunt' lompatan bermotosikal melepasi 66 jentera dua roda Royal Enfield.
Lihat video itu di bawah:
Ramai tak sangka pelompat rupa-rupanya seorang wanita
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya acara yang dipersembahkan oleh unit akrobatik bermotosikal Angkatan Tentera Malaysia iaitu Army Red Warrior (ARW) dengan penyertaan penunggang motosikal jenama berkenaan.
Apa yang lebih mengagumkan, lompatan itu telah dijayakan oleh penunggang wanita iaitu Sarjan Saidatul Husna Kamaruddin dengan menggunakan Kawasaki KLX 250cc di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut sumber, Saidatul Husna berkata beliau amat teruja kerana berjaya melakukan lompatan pada 31 Ogos yang juga adalah hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
"Selalu tengok dalam movie Tamil je, ni real weh. Terbaik!" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.1M tontonan, 85.5K tanda suka serta 7.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dan memuji kehebatan Sarjan Saidatul Husna yang berani melakukan aksi ngeri itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!