seismik

Telan Belanja RM700 Juta, Taman Tema Upin & Ipin Akan Dibuka Sekitar 2026. Tak Sabarnya!

Taman tema itu akan dibuka secara berperingkat.

Cover image via Nor Shamil Anwar (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak tahu filem animasi terkenal, Upin & Ipin bukan?

Siri animasi terkenal yang sudah mempunyai 17 musim itu sememangnya mendapat tempat di hati para penonton, tidak kira daripada golongan kanak-kanak mahu pun dewasa.

Terbaharu, Penerbit dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, berkongsi impian syarikat animasinya membangunkan Taman Tema Upin Ipin bakal menjadi kenyataan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Impian mewujudkan Taman Tema Upin Ipin sudah tercetus sejak siri animasi popular yang mengetengahkan watak kembar seiras itu diterbitkan sejak hampir dua dekad lalu

Menurut sumber, Burhanuddin berkata taman tema itu sememangnya sudah lama dirancang, namun untuk merealisasikannya bukannya mudah kerana memerlukan perbelanjaan besar dan perancangan teliti.

"Nak buat taman tema bukan murah. Kami sudah banyak menerima tawaran tanah di Cyberjaya, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lagi. Namun, semua tanah itu mahu dijual, mana saya ada duit.

"Saya ada bertemu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekitar beberapa bulan lalu. Saya mahu mengundangnya merasmikan Karnival Upin dan Ipin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), antara 15 sehingga 17 Disember depan.

"Dalam pertemuan ini, beliau beritahu saya mahu bekerjasama membangunkan taman tema di Melaka. Saya tanya ada tanah atau tidak.

"Beliau minta saya tulis surat dan kemudiannya minta Melaka Corporation (MCorp) cari tanah yang sesuai,"
katanya.

Image via Berita Harian

Projek membuat taman tema kemungkinan akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027

Menurut Burhanuddin lagi, selepas bermesyuarat bersama MCorp kira-kira tiga minggu lalu, mereka ada menunjukkan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka.

"Tanah ini sudah dibersihkan dan diratakan. Memang cantik tanah ini, tetapi MCorp tidak mahu menjualnya, sebaliknya mahu ambil syer dalam projek ini.

"Jadi, kami berbincang tanggung hutang bersama, selain kami buat pinjaman bank atau keluarkan suku modal.

"Sekarang MCorp jadi rakan kongsi, jadi lebih memudahkan urusan. Saya suka jika taman tema ini diwujudkan di Melaka kerana sememangnya bandar pelancongan dan ramai pelancong Indonesia ke Melaka," katanya lagi.

Dengar cerita, Taman Tema Upin Ipin ini bakal jadi seperti Disneyland. Wah, mesti seronok, Tak sabar nak pergi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: