Pesakit Tenat Dalam Ambulans, Petugas Kesihatan Ini Selamba Rakam Video Siap Jelir Lidah
Tak ada common sense ke?
Tular baru-baru ini mengenai seorang petugas kesihatan melakukan aksi tidak senonoh semasa membawa pesakit di dalam sebuah ambulans
Sebagai petugas kesihatan yang bertanggungjawab, adalah tidak sepatutnya seseorang bermain telefon sambil merakam diri sendiri dalam keadaaan cemas seperti itu.
Namun, tindakan seorang petugas kesihatan wanita ini selamba merakam dirinya sendiri sambil berseronok untuk tujuan peribadi telah mengundang kecaman ramai.
Lihat video perkongsian di bawah:
Siap jelir lidah dan beri ciuman dalam video
Menerusi perkongsian video di media sosial, kelihatan seorang wanita dipercayai pembantu perawatan kesihatan (PPK) merakam diri sendiri di dalam ambulans.
Apa yang membuatkan ramai naik angin adalah dia dikatakan selamba merakam dirinya sambil menjelir lidah serta memberikan ciuman ke arah kamera.
Lebih membuatkan ramai geram, seorang pesakit di bahagian belakang sedang bertarung nyawa, namun petugas kesihatan itu tersenyum dan terus merakam dirinya sendiri.
Susulan tularnya video tersebut, ramai netizen mengecam tindakan petugas kesihatan itu
Ada juga yang tersalah faham ingatkan wanita itu nurse, sebenarnya dia merupakan pembantu perawatan kesihatan (PPK).
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!