"Mayat Reput Dalam Parit" - Remaja 17 Tahun Dituduh Bunuh Rakan Gara-Gara Kes Cemburu Buta
Senang betul orang sekarang membunuh ya, hmm.
Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh rakannya hanya kerana cemburu buta
Menurut sumber, tertuduh berumur 17 tahun yang hadir ke mahkamah berbaju kelabu hitam dan berseluar denim biru itu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan membunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Punca dari cemburu buta, tertuduh didakwa bunuh rakan di tepi Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Selekoh, Bagan Datuk
Tertuduh yang tidak bersekolah itu didakwa membunuh P Hariaran, 21, di tepi Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Selekoh, Bagan Datuk antara jam 6 petang hingga jam 8.30 malam pada 20 Ogos lalu.
Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 hingga 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, suspek boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang dari 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 23 Ogos lalu, mayat mangsa yang sudah mereput ditemui orang awam di dalam parit kebun kelapa sawit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Bagan Datuk.
Media kemudiannya melaporkan polis menahan suspek di kawasan Hutan Melintang, Bagan Datuk pada 26 Ogos lalu dan hasil soal siasatan mendapati motif bunuh adalah kerana suspek cemburu terhadap mangsa yang mengganggu teman wanitanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!