seismik

Mengaku Trauma Dengan Insiden Lalu, Da'i Syed Nekad Saman Dua Individu Atas Dakwaan Fitnah

Semoga kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Cover image via @daisyed94 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama pendakwah selebriti, Da'i Syed sekali lagi menjadi bualan hangat ramai selepas tular sebuah video seorang individu menuduh isterinya keguguran akibat kifarah dakwaan kes rogol tiga tahun lalu

Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail difahamkan bakal mengambil tindakan terhadap dua orang individu yang dikenali sebagai Nurul Atiqah dan Ainun Najwa atas tuduhan memfitnahnya di media sosial.

Tindakan tersebut diambil selepas video kenyataan berbaur fitnah yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @chempakasuri97 milik Nurul Atiqah.

Susulan insiden itu, Da'i Syed mengaku dirinya trauma selepas difitnah sejak tiga tahun lalu berkaitan kes rogol terbabit.

Lihat video di bawah:

Trauma digelar perogol, hadapi ujian dengan berdiam diri

"Saya sangat trauma dengan apa yang dilontarkan oleh masyarakat tentang saya. Bila orang sebut saya perogol, walhal saya telah dibersihkan nama oleh mahkamah dengan 18 orang saksi. Bahkan, mahkamah itu dilakukan secara tertutup. Jadi, saya menghadapi ujian ini dengan tak kecoh-kecoh lah," katanya.

"InshaAllah kalau buat sumpah muballah mesti tak ada lagi yang pertikai. Moga ada kebenaran bagi pihak yang benar" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai kes terbaru itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun, semoga kebenaran akan terbongkar dan dapat diselesaikan dengan aman bagi kedua-dua pihak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: