Tergamak Bunuh Ayah Guna Penyodok, Anak Balut Mayat Dengan Langsir & Campak Tepi Jalan
Kejamnya.
Seorang lelaki ditahan polis akibat disyaki membunuh ayahnya sebelum mayat mangsa dibalut dengan langsir dan dibuang di tepi jalan pada Sabtu lalu
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat warga emas berusia 74 tahun itu ditemui pada pukul dua pagi di tepi jalan berhadapan sebuah kondominium dekat Sungai Way.
"Siasatan mendapati kesan kecederaan di kepala, tangan sebelah kiri disyaki patah dan kesan lebam di bahagian dada mangsa. Pemeriksaan di lokasi rumah mangsa pula, terdapat kesan tompokan darah di bahagian dinding dan pintu bilik tidurnya serta kesan seretan di bahagian ruang tamu," katanya.
Balut mangsa guna langsir sebelum membuangnya di tepi jalan
Dalam pada itu, pemeriksaan telah dibuat terhadap sebuah kenderaan yang disyaki digunakan oleh suspek berkenaan yang berusia 40 tahun itu untuk membawa mangsa.
Polis menemui kesan tompokan darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
"Susulan itu, suspek yang juga anak kandung mangsa ditahan untuk siasatan. Dia disyaki memukul bapanya dengan menggunakan penyodok sehingga menyebabkan kematian. Suspek kemudian bertindak membalut mangsa menggunakan langsir sebelum meletakkan mayat mangsa di tepi jalan," katanya lagi.
Meminta pertolongan bukanlah tanda kelemahan.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenali kesepian, tertekan atau mempunyai fikiran negatif, sila hubungi talian hotline Malaysia ini:
24-hour
Contact: +603-76272929
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
2. TALIAN KASIH
24-hour
Contact: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Email: [email protected]
Website | Facebook
3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Daily (12pm - 12am)
Contact: 1800-18-2327
Email: [email protected]
Facebook | Instagram
Untuk direktori sumber yang lebih teliti, pergi ke laman web Malaysian Mental Health Association atau MINDAKAMI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!